I made this widget at MyFlashFetish.com.

LOGO

LOGO
PEKIDA DAERAH TITIWANGSA

PRESIDEN KELAB

My photo
GAZA, TITIWANGSA KG.BARU K.L W.P

My Blog List

ORANG RAJIN BERKAYUH

POWER RECOVERY

CUACA

bloguez.com

KAYUHAN JELAJAH BERBASIKAL 1 MALAYSIA 2010 PERINGKAT WANGSA MAJU







KAYUHAN JELAJAH BERBASIKAL 1MALAYSIA AKAN DIADAKAN PADA 1HB JAN 2010(JUMAAT) PADA JAM 8A.M BERTEMPAT DI HADAPAN PUSAT KHIDMAT DATUK YEW TEONG LOOK,46,JLN 8/23E TAMAN DANAU KOTA,SETAPAK(berdekatan pasar malam downtown).SETIAP PENYERTAAN AKAN DIBERIKAN ELAUN RM30 DAN SEHELAI T SHIRT.PENDAFTARAN ADALAH PERCUMA.


SETIAP PENGAYUH HARUS MENAMATKAN JARAK 14KM UNTUK MENDAPAT ELAUN TERSEBUT DAN CABUTAN BERTUAH.T SHIRT DIBERIKAN KETIKA PENDAFTARAN.

TUJUAN DIADAKAN ADALAH BAGI MENYAMBUT TAHUN BARU 2010,MEMUPUK SEMANGAT CINTAI NEGARA DIKALANGAN MASYARAKAT SETEMPAT,MENGAMALKAN SIKAP KESEDARAN MEMBENTERAS JENAYAH DEMI MEWUJUDKAN SUASANA AMAN DAN DAMAI DAN MERAPATKAN JALINAN DAN KERJASAMA ANTARA RAKYAT BERBILANG KAUM.

LALUAN BERBASIKAL : 1)JALAN GENTING KELANG 2)TAMAN DESA SETAPAK 3)SEK.2 WANGSA MAJU 4) SEK.1 WANGSA MAJU 5) TAMAN MELATI 6) JALAN GOMBAK 7) JALAN LANGKAWI 8) TAMAN DANAU KOTA

BADAN BERKANUN DAN PERSATUAN YANG TERLIBAT : A) JBTN KESELAMATAN JALANRAYA K.L B) JBTN BELIA & SUKAN WPKL C) JBTN PERPADUAN & INTEGRASI NASIONAL DAERAH SENTUL D) POLIS TRAFIK KUALA LUMPUR

PROGRAM INI DIANJURKAN OLEH PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT WANGSA MAJU DENGAN KERJASAMA BADAN-BADANBERKANUN & PERTUBUHAN NGO SEKITAR WANGSA MAJU

!!!SEMOGA BERJAYA!!!

KEARAH KESELAMATAN,KEAMANAN DAN KECEMERLANGAN

PERTANDINGAN KUMITE 09

TEAM BOXXWARRIORS (TOMOI)

PERTANDINGAN SENI BELA DIRI CAMPURAN TERBUKA 18HB-19HB DEC 2009.DIANJURKAN OLEH PERSATUAN KARATE-DO MALAYSIA,di PETALING JAYA SELANGOR DARUL EHSAN YANG DISOKONG OLEH KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA.

TAHNIAH BOXXWARRIORS AMPANG KERANA TELAH MEMBAWA PULANG SEMUA TROFI,MEDAL EMAS DAN 1 MEDAL GANGSA!

MINYAK URUT TOMOI

TERDAPAT BERMACAM-MACAM MINYAK URUT YANG BERADA DIPASARAN.YANG MURAH DAN JUGA YANG MAHAL.SESUAI DIGUNAKAN MAHUPUN TIDAK BERGANTUNG PADA SENSITIF KULIT DAN JENIS PENYAKT.
MINYAK URUT TOMOI INI DIBUAT SECARA TRADISIONAL.AMAT SESUAI DIGUNAKAN KE ATAS ORANG YANG AKTIF BERSUKAN LASAK DAN BERKERJA BERAT.MINYAK INI ADALAH PENYEMBUH SAMPINGAN BAGI MASALAH PADA BAHAGIAN OTOT DAN SARAF.

HARGA SEBOTOL 60ML ADALAH RM10 SAHAJA.

SILA E MAIL KE SIDMOBILE30@GMAIL.COM UNTUK PEMBELIAN ATAU PERTANYAAN

ALLAH S.W.T PENYEMBUH SEGALA PENYAKIT
INSYAALLAH

ANTARA SUSPENSI DEPAN YG TERBAIK


Description:
Race
Travel 80mm
Travel Adjust All-Travel
Weight* 1304g (2.9 lbs)
Spring Dual Air
Spring Adjust Air pressure via dual Schrader valves
Damping Pure Delite
Damping Adjust External Rebound
Lowers Magnesium, IS disc mount
Lower options Post or no post
Crown Forged, hollow 6061 aluminum
Steerer Tube Auminum 1 1/8”
Upper Tubes 28mm, 7000 Series tapered wall aluminum
Standard Colors Diffusion Silver
Options N/A
Suggested Rear Shox Monarch
Max. Recommended Rotor Size 165mm
Notes *Weight based on 265mm 1 1/8” steerer

CRITERIUM RACE (LUMBA ATAS JALAN)





































AKAN BERLANGSUNG PERLUMBAAN TERBUKA MOUNTAIN BIKE DI PUTRAJAYA PADA 6 DEC 2009.MASA 9AM - 4PM.JARAK KAYUHAN UNTUK KATEGORI MTB ADALAH 6.5KM X 7LAP.PARA PEMINAT MTB TOLONG LAYARI www.theraceboy.com untuk info. yg selanjutnya.

SELAMAT BERJAYA

SELEPAS TAMAT PUSINGAN AKHIR MTB CRITERIUM RACE,SAINGAN TIADA SESENGIT MANA PUN,SEMUANYA 100% DARI WAKIL NEGERI.30-23KM/H SUDAH TERASA SAKITNYA BERBANDING MEREKA.KEKUATAN AKAN TERUS DITINGKATKAN.TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PIHAK YANG TELAH MEMBANTU DAN MENYOKONG.

1 PINGAT UNTUK POWERCYCLE3(KE 7)

LATAR BELAKANG PRESIDEN KELAB BASIKAL

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM

TERLEBIH DAHULU SAYA MEMOHON MAAF JIKA MAKLUMAT YANG SAYA BERIKAN INI TIDAK MEMENUHI KEHENDAK PARA PEMBACA DILAMAN INI DAN JIKA TERKASAR BAHASA.MENDOAKAN SUPAYA MENDAPAT YANG TERBAIK UNTUK DIRI SAYA SERTA KEPADA PARA PEMBACA SEKALIAN

SAYA DILAHIRKAN DIHOSPITAL BESAR KUALA LUMPUR PADA JUN 1979.MEMPUNYAI SERAMAI 5 ORANG ADIK BERADIK,SALAH SEORANGNYA ADALAH ADIK ANGKAT.ADIK ANGKAT SAYA DIAMBIL DARI SALAH SEORANG IBUNYA YANG MISKIN.SAYA ADALAH YANG SULONG.SAYA TIDAKLAH SEBEGITU PANDAI DALAM PELAJARAN,SAYA MULA BERSEKOLAH DI SRK TAMAN KERAMAT (DARJAH 1-3) DAN TAMAT SEKOLAH RENDAH DI SRI INAI JUNIOR HULU KELANG (DARJAH 4-6).PADA AWAL SEKOLAH MENENGAH,SAYA DIMASUKKAN KE SEKOLAH SRI INAI SENIOR SELAMA SETAHUN JUGA TERLETAK DI HULU KELANG,SETELAH MENGUBAH FIKIRAN SAYA DIMASUKKAN PULA KE SEKOLAH PONDOK AGAMA DI DIMELAKA,DISINI SAYA MULA BELAJAR BERDIKARI DAN ERTI HIDUP SUSAH.SETELAH ITU SAYA BERPINDAH KE SEKOLAH AGAMA ISLAM AL-AMIN YANG TERLETAK DI GOMBAK PADA USIA 15 TAHUN.SAYA MENYAMBUNG PELAJARAN DISTAMFORD KOLEJ KUALA LUMPUR MENGAMBIL SIJIL DALAM BIDANG JURUSAN PENGHOTELAN SELAMA 2 TAHUN.KINI SAYA BERKERJA MEMBANTU IBU BAPA SAYA.
SAYA BERKAHWIN PADA USIA 25 TAHUN DAN HINGGA KINI SAYA MEMPUNYAI 2 ORANG CAHAYA MATA,SEORANG LELAKI DAN PEREMPUAN.
SAYA MULA MENJADI AHLI SERTA BERGIAT AKTIF DALAM PERTUBUHAN KEBAJIKKAN DAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA (PEKIDA) WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR PADA TAHUN 2003.KETIKA BERADA DIDALAM PERTUBUHAN INI,SAYA MEMPUNYAI TANGGUNGJAWAB YANG BESAR WALAUPUN KETIKA ITU SAYA SEBAGAI AHLI BIASA,HARUS MELALUI PELBAGAI LUMRAH KEHIDUPAN PAHIT MANIS DAN RINTANGAN UJIAN DAN DUGAAN SAMAADA OLEH KERANA DATANGNYA MASALAH DARI DIRI SENDIRI,KELUARGA,AHLI-AHLI DAN JUGA ORANG LUAR YANG KURANG MENGETAHUI FUNGSI SEBENAR PERTUBUHAN INI.YANG MA'RUF (BAIK) AKAN SENTIASA DIDUGA DENGAN KEMUNGKARAN (TIDAK BAIK).MACAM-MACAM KERENAH RAGAM MANUSIA TELAH SAYA BERDEPAN HINGGA KINI.HENDAK MENJADI INSAN YANG BERGUNA MUDAH UNTUK DIKATAKAN TETAPI SUKAR UNTUK MELAKSANAKANNYA TANPA ADA KESABARAN YANG TINGGI.
SAYA MULA MEMBUKA LAMAN INI PADA BULAN FEBUARI TAHUN 2009 SELEPAS BERJAYA MELAKSANAKAN PROJEK KAYUHAN MERDEKA SOLO 1RIBU KM DARI KUALA LUMPUR KE K.TERENGGANU DAN BERPATAH BALIK KE KUALA LUMPUR PADA 2007 DAN PROJEK KUTIPAN SUMBANGAN AMAL PALESTIN SECARA BERBASIKAL YANG PERTAMA DIMALAYSIA DISEKITAR KUALA LUMPUR DIBAWAH NAUNGAN PENGERUSI PEKIDA TITIWANGA WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR,EN.MAZNI.SELEPAS ITU DITURUTI OLEH KELAB BASIKAL TERNAMA YANG LAIN DISELURUH MALAYSIA.
SAYA MULA BERJINAK MENCEBURI BIDANG SUKAN BASIKAL GUNUNG/MOUNTAIN BIKE PADA USIA 15 TAHUN OLEH AJAKAN KAWAN SEKOLAH SAYA.TETAPI KINI SALAH SEORANGNYA TELAH PULANG KE RAHMATULLAH SELEPAS DILANGGAR OLEH SEBUAH KERETA DITURKI KETIKA BERKAYUH BEBERAPA TAHUN YG LALU (AL FATIHAH).BASIKAL PERTAMA SAYA ADALAH LE RUN ALUMINIUM,GARY FISHER SOFTAIL ALUMUNIUM,GTS ALUMINIUM,GIANT IGUANA ALUMINIUM DAN YETI ARC ALLOY.SAYA MELATIH DIRI SAYA PADA MULANYA MEMBAWA BASIKAL KE SEKOLAH PADA SETIAP HARI JUMAAT DARI WANGSA MAJU KE GOMBAK(BERDEKATAN U.I.A).SETELAH MERASA BOSAN SAYA BERTUKAR LATIHAN MENGEKORI JEJAK BEKAS PELUMBA DAN JURULATIH KEBANGSAAN NG JOO NGAN DAN ANAKNYA EDWIN NG (BEKAS PELUMBA KEBANGSAAN) PADA SETIAP AWAL PAGI AHAD,DARI AMPANG KE KAKI BUKIT GENTING HIGHLAND DAN BERPATAH BALIK KE AMPANG DENGAN KEADAAN YANG AMAT LETIH DAN SAKIT.SAYA JUGA PERNAH DIAJAK OLEH NG JOO NGAN UNTUK MENJADI ANAK MURIDNYA TETAPI OLEH KERANA SAYA MEMPUNYAI MASALAH SUMBER KEWANGAN DAN TIDAK MENDAPAT RESTU DARI IBU BAPA,SAYA TERPAKSA MELUPAKAN HASRAT UNTUK MENJADI PELUMBA NEGARA.RESTU ADALAH AMAT PENTING UNTUK MENJADI PELUMBA SUPAYA KAYUHAN TIDAK MENJADI BERAT.BAGAIMANAPUN JIKA SAYA BERPATAH SEMANGAT,SAYA TIDAK AKAN BERKAYUH HINGGA KE HARI INI.JUGA BUKAN BERERTI KITA TIDAK AKAN MENDAPAT PENGALAMAN BARU.BERAPA LAMA LAGI UNTUK BERHENTI BERKAYUH SAYA TIDAK MENGETAHUINYA,KEMUNGKINAN HINGGA KE AKHIR HAYAT SAYA.SETUA USIA TUANYA NG JOO NGAN DIA MASIH LAGI KUAT BERKAYUH.REKOD SAYA YANG TERBAIK TANPA JURULATIH SETAKAT INI ADALAH PERLUMBAAN TERBUKA MOUNTAIN BIKE CHALLENGE U.I.A GOMBAK PADA TAHUN 1998 SEJAUH 10KM(5 PUSINGAN),DITEMPAT YG KE 9 (PEMENANG UNTUK 10 TERBAIK).

...WALLAHUALAM...

LE TOUR DE LANGKAWI(LTDL 2010)



LE TOUR DE LANGKAWI

ADAKAH PELUMBA LEBUHRAYA KITA TELAH BERSEDIA UNTUK MENGHARUNGI CABARAN PERLUMBAA N SETERUSNYA ???


ADAKAH PELUMBA KITA MAMPU MERAIH JERSEY POLKODOT/RAJA BUKIT ???

!!! JANGAN HAMPAKAN JURULATIH,SPONSOR DAN PEMINAT !!!

!!! BERSEDIALAH !!!

LATIHAN


INI ADALAH LATIHAN BERAMAI-RAMAI BAGI PENGAYUH BASIKAL GUNUNG/MOUNTAIN BIKE,JARAK SEJAUH 60KM MERENTAS DESA DI KAJANG PERDANA.

PERBARISAN HARI WILAYAH PERSEKUTUAN 2007


PERSEDIAAN MEMASUKI STADIUM(KETIBAAN P.M)

PERTANDINGAN PERBARISAN INI TELAH DIADAKAN PADA HARI WILAYAH PERSEKUTUAN PADA 2007 BERTEMPAT DI STADIUM CHERAS KUALA LUMPUR.DARI 69 KUMPULAN,PEKIDA W.P TELAH MEMENANGI TEMPAT YANG KETIGA.

!!!TAHNIAH 1PEKIDA!!!

How to Set Up Your Mountain Bike for Cross-Country Racing | eHow.com

How to Set Up Your Mountain Bike for Cross-Country Racing | eHow.com

ASIA MTB CHAMPIONSHIP NOV 2009






PERLUMBAAN INI TELAH DIADAKAN BERTEMPAT DI TAMAN BOTANIK AYER KEROH MELAKA.TUAN HAJI ABU PRESIDEN MNCF(MALAYSIA NATIONAL CYCLING FEDERATION) TELAH MENYAMPAIKAN PINGAT KEPADA PARA PEMENANG.PINGAT GANGSA YANG TELAH DIMENANGI OLEH NEGARA KITA ADALAH DALAM ACARA CROSS COUNTRY/MERENTAS DESA.

JENAMA YETI DAN FOX


SKODA YETI

SKODA YETI COCKPIT

SKODA YETI SIT

SKODA YETI TEST

YETI GOLF

YETI MTB GRIP

FOX FRONT SUSPENSION


YETI CLASSICS

YETI HARDTAIL FRAME


YETI


YETI 09

YETI 2010 FULL SUSPENSION CARBON

YETI HARDTAIL COMPLETE BIKE

BASIKAL BUKIT JENAMA YETI DALAH DIANTARA BASIKAL YANG SESUAI DIGUNAKAN UNTUK PERLUMBAAN LASAK.BAHAN BUATANNYA TERDIRI DARIPADA LOGAM ALLOY DAN CARBON FIBRE MENGIKUT CITARASA PENGGUNA.CORAK GEOMATRINYA TELAH DITELITI UNTUK KESELESAAN PELUMBA.BERAT BASIKAL INI BOLEH DIKATEGORIKAN BERADA DIDALAM KELOMPOK RINGAN WALAUPUN ALLOY ADALAH BAHAN LOGAM BERAT,TETAPI JANGAN KITA SILAP,ALLOY YANG MEREKA GUNAKAN UNTUK MEMBINA RANGKA BASIKAL INI TELAH DISUKAT DENGAN TELITI SUPAYA MENJADI RINGAN DAN KUAT YANG DAPAT MENANDINGI LOGAM ALUMINIUM...JENAMA YETI BANYAK MENUMPUKAN PASARANNYA HANYA PADA BASIKAL BUKIT(MOUNTAIN BIKE) ... JENAMA YETI SUDAH MULA BERKURANGAN DIMALAYSIA DIKEBELAKANGAN INI OLEH KERANA KENAIKKAN PADA HARGA KELUARAN,JUGA PERMINTAANNYA TIDAKLAH SEBEGITU TINGGI BERBANDING JENAMA LAIN YANG BERADA DIPASARAN SEKARANG... WALAUPUN BEGITU,SAYA JUGA SEBAGAI PENGGUNANYA MERASAKAN IANYA BERBALOI UNTUK MEMILIKINYA...

NAK JADI AHLI KELAB BASIKAL PEKIDA W.P?

SALAM...

KEPADA SESIAPA YANG MEMPUNYAI MINAT DALAM BERKAYUH BASIKAL BUKIT/MOUNTAIN BIKE,SAYA SELAKU PRESIDEN KELAB PEKIDA W.P AMAT MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN SEKALIAN MENYERTAI AKTIVITI SUKAN SEMI LASAK INI.

APA YANG SEKALIAN PERLU BUAT UNTUK MENJADI AHLI IALAH HARUS MEMILIKI BASIKAL SENDIRI DAN BERADA DIDALAM KEADAAN BAIK DAN TERJAGA.KESIHATAN JUGA ADALAH FAKTOR UTAMA DALAM SUKAN INI.PASTIKAN SEKALIAN TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG PENYAKIT YANG BOLEH MEMBAWA MAUT CONTOH SEPERTI JANTUNG DAN LELAH.DAFTAR NAMA,I.C,TELEFON DAN ALAMAT,IANYA ADALAH PENTING BAGI MEMASTIKAN KESELAMATAN ADALAH TERJAMIN DAN JIKA BERLAKU SEBARANG KECEMASAN.TIADA YURAN DIKENAKAN.JIKA HENDAK MENYUMBANG UNTUK MENJAGA KEHIJAUAN ALAM FLORA,TIDAK MENJADI MASALAH.E-MAIL KE SIDMOBILE30@GMAIL.COM

ADAKAH SUKAN INI BOSAN? YA DAN TIDAK ADALAH JAWAPANYA KERANA IA BERGANTUNG KEPADA PENGALAMAN DAN MINAT MASING-MASING.YANG PENTING ADALAH KESIHATAN DALAMAN DAN LUARAN DAPAT DITINGKATKAN SERTA UNTUK MENANAM MINAT WALAUPUN TIDAK BERMINAT.

DIMANA KITA AKAN BERKAYUH? TEMPAT KAYUHAN AKAN BERUBAH PADA SETIAP MASA DAN DIATAS PERMINTAAN MAJORITI.

BERAPA RAMAIKAH PENGAYUH BASIKAL BUKIT AKTIF DIDALAM NEGARA MALAYSIA?BILANGANNYA ADALAH TERLAMPAU RAMAI, BOLE DIANGGARKAN TELAH MENJANGKAU PULUHAN RIBU PENGAYUH.

BERAPA JAUHKAH KITA AKAN BERKAYUH?JIKA SAYA MAMPU MELAKUKAN KAYUHAN SEJAUH 1RIBU KM SOLO TANPA SEBARANG PENGALAMAN LUAS DALAM USIA SAYA 30TAHUN DAN TIDAK TERMASUK JUMLAH KAYUHAN LAIN SELAMA HAMPIR 15 TAHUN TELAH BERKAYUH,SEKALIAN MEMANG BOLEH MELAKUKANNYA.SEKALIAN AKAN DIPERHATIKAN UNTUK MEMASTIKAN KEKUATANNYA.JARAK KAYUHAN SEKURANG-KURANGNYA 15KM MINIMUM.

KELAB INI TERBUKA KEPADA SELURUH LAPISAN MASYARAKAT 1MALAYSIA.
SEBARANG PERTANYAAN SILA E MAIL KEPADA SAYA.

TERIMA KASIH DAN SELAMAT DATANG

KESIHATAN UNTUK 1PEKIDA DAN 1MALAYSIA




SALAH FAHAM PADA LOGO



LOGO WAJIB TERTERA SEPERTI MEMAKAI LENCANA SEKOLAH.MENGUBAH LOGO ADALAH 1 KESALAHAN YANG AMAT BERAT KERANA TIDAK MENDAPAT PERSETUJUAN DAN KEIZINAN DARI PIHAK ATASAN.MASALAH INI JUGA BOLEH DIKATAKAN MENCABUL HAK ASASI PERTUBUHAN.TIDAK DINAFIKAN DILUAR SANA TERDAPAT LOGO YANG HAMPIR SERUPA DENGAN LOGO PEKIDA MALAYSIA.YANG SERING MUDAH KITA DAPAT LIHAT ADALAH 3 WARNA YANG TERDAPAT PADA LOGO PEKIDA MALAYSIA IAITU HIJAU KUNING MERAH.TANPA LOGO ASAL BERMAKSUD TIDAK SAH PELEKAT TERSEBUT SERTA TIDAK DIKENAL PASTI AKAN ASAL USULNYA.LOGO YANG DICIPTA MEMPUNYAI MAKSUDNYA YANG TERSENDIRI.
SEBAGAI CONTOH LOGO ASAL RASMI PEKIDA MALAYSIA YANG TERTERA DIATAS ADALAH YANG TULEN...SETIAP DAERAH ATAU NEGERI MEMPUNYAI BENTUK YANG BERLAINAN YANG TIDAK LARI DARI WARNA DAN LOGO ASAL.TIADA TOKOK TAMBAH YANG TELAH DIARAHKAN OLEH IBUPEJABAT...HANYA AHLI YANG DIBERI KEBENARAN UNTUK MEMPAMERKANNYA SAHAJA.SILA LAPOR TERUS KE PEJABAT NEGERI,DAERAH ATAU IBUPEJABAT JIKA WUJUD BUKAN AHLI MEMPAMERKANNYA,TEKAN DILOGO PEKIDA ORANG RAJIN BERKAYUH DIATAS UNTUK SEBARANG ADUAN DAN www.PEKIDA.my DIDALAM BORANG ADUAN...

KENANGAN














1.PADUKA AYAHANDA MAZNI(GLEMEY) TITIWANGSA,KG.BARU MENYERAHKAN CENDERAHATI KEPADA PADUKA AYAHANDA ZUL COCHRANE(Baju Melayu) DALAM SATU MAJLIS YANG TELAH BERLANGSUNG.

2.PERHIMPUNAN PEKIDA NEGERI MELAKA

3.LUMBA BASIKAL JELAJAH MALAYSIA 2008

4MAULIDUL RASUL LEMBAH PANTAI

5.MAJLIS PERASMIAN PEJABAT PEKIDA SEBERANG PERAK DAERAH PERAK TENGAH

6.KARNIVAL UKHUWWAH NEGERI JOHOR,MUAR 2006
PEKIDA DAERAH TITIWAGSA MEMBUKA TAPAK JUALAN MEMPROMOSIKAN DAN JUALAN BARANGAN CENDERAHATI

7.GAMBAR BERSAMA PEKIDA DAERAH NEGERI SEMBILAN DAN TITIWANGSA DI KARNIVAL UKHUWWAH MUAR

8.MAJLIS MESYUARAT PEKIDA WILAYAH PERSEKUTUAN DI PUTRAJAYA 2006

JOM KAYUH LAGI

JUMLAH PENGAYUH

SEMBANG-SEMBANG


ShoutMix chat widget